Thursday, January 14, 2010

MeNGaPa DiNaMaKan 'ASyuRa




Walaupun post berkenaan Hari 'Asyura ini agak lambat,namun bagi saya,maklumat berkaitan bagaimanakah nama 'Asyura ini diperolehi perlu dikongsi juga untuk manfaat kita bersama.

Ulamak berselisih pendapat berkaitan nama bagi 'Asyura ini.Diantaranya :
  1. Dinamakan Hari 'Asyura kerana ia merupakan sepuluh hari daripada hari2 haram(أيام المحرم )
  2. Sesungguhnya dinamakan 'Asyura kerana sepuluh karamah yang Allah Taala berikan kepada umat akhir zaman ini,iaitu :
  • Rajab,merupakan bulan Allah Taala.Allah menjadikan bulan ini sebagai karamah kepada umat ini dan kelebihannya keatas semua bulan adalah seperti kelebihan umat Muhammad keatas umat yang lain.
  • Sya'ban,kelebihannya berbanding semua bulan adalah seperti kelebihan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam keatas semua nabi.
  • Ramadhan,kelebihannya keatas semua bulan seperti kelebihan Allah Taala keatas setiap makhlukNYA.
  • Lailatulqadri, lebih baik daripada seribu bulan.
  • Aidilfitri, hari ganjaran yang telah dijanjikan.
  • Sepuluh hari(أيام العشر) merupakan hari mengingati Allah Taala.
  • Hari 'Arafah, puasa pada hari ini menghapuskan dosa 2 tahun.
  • Hari Raya Korban merupakan hari sembelihan.
  • Hari Jumaat merupakan penghulu sekelian hari.
  • Hari 'Asyura,puasa pad hari ini menghapuskan dosa setahun.
Maka kesemua waktu daripada hari2 yang dijadikan Allah tadi untuk umat ini merupakan penghapus dosa2 mereka dan membersihkan kesalahan mereka yang telah lalu.

3.Dinamakan Hari 'Asyura kerana Allah memuliakan padanya sepuluh orang nabi 'alaihimussalam dengan sepuluh karamah,iaitu :
  • Allah Taala menerima taubat Nabi Adam 'alaihissalam.
  • Allah Taala mengangkat kedudukan Nabi Idris 'alaihissalam kepada kedudukan yang tinggi dan terpuji.
  • Kapal Nabi Nuh 'alaihissalam berlabuh di Bukit Judi.
  • Hari kelahirah Nabi Ibrahim 'alaihissalam dan Allah menjadikan baginda sebagai kekasihNYA serta menyelamatkan Baginda daripada bakaran api Namrud.
  • Allag Taala menerima taubat Nabi Daud 'alaihissalam dan menyerahkan kembali kekuasaan pemerintah kepada Nabi Sulaiman 'alaihissalam.
  • Allah Taala menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub 'alaihissalam.
  • Allah Taala memyelamatkan Nabi Musa 'alaihissalam daripada belahan laut merah dan menenggelamkan Firaun di dalamnya.
  • Allah Taala mengeluarkan Nabi Yunus 'alaihissalam daripada perut ikan paus.
  • Nabi Isa 'alaihissalam diangkat ke langit
  • Kelahiran Nabi Muhammad sallallahu'alihiwasallam.
Sumber : kitab Al-ghuniah karangan Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani Al-Husaini.

Mudahan2 dengan maklumat yang serba ringkas ini,kita mampu mengambil istifadah dan menyampaikannya kepada sahabat kita yang yang lain.
Wallahua'lam...

0 comments:

Post a Comment