Thursday, February 18, 2010

KeNaNgaN ExPert SiNai 2010

Alhamdulillah,segala pujian bagi Allah Taala atas segala nikmat dan kemudahan yang dikurniakan.Pada 15 - 17 febuari yang lalu,Lajnah Sambutan dan Rehlah BKASM telah menganjurkan EXPERT sinai 2010.Jaulah kali ini telah disertai seramai 69 orang peserta termasuk adhoc pelaksana.Banyak tempat2 menarik telah dilawati.Antaranya Uyun Musa,Lembu Samiri,Makam Nabi Saleh dan Nabi Harun 'alaihimassalam,Jabal Musa dan banyak lagi.Kelainan jaulah pada tahun ini adalah ia berlangsung pada musim panas.Tidak seperti tahun2 sebelum ini.Selaku pemantau bagi jaulah kali ini,saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada Adhoc pelaksana EXPERT sinai kerana telah bertungkus lumus untuk menjayakan program tahunan bagi Lajnah Sambutan dan Rehlah ini.Turut tidak dilupakan kepada para peserta Expert,saya memohon jutaan KEMAAFAN sekiranya terdapat beberapa kesilapan dan kecuaian semasa jaulah ini berlangsung.Semoga Expert sinai 2010 menjadi saksi betapa eratnya ukhwah yang sedia terjalin selama ini.Berikut saya paparkan beberapa gambar kenangan ketika EXPERT SINAI 2010 :


"SETIA BERSAMA UKHUWAH di Expert Sinai 2010 BKASM"

Thursday, January 14, 2010

MeNGaPa DiNaMaKan 'ASyuRa




Walaupun post berkenaan Hari 'Asyura ini agak lambat,namun bagi saya,maklumat berkaitan bagaimanakah nama 'Asyura ini diperolehi perlu dikongsi juga untuk manfaat kita bersama.

Ulamak berselisih pendapat berkaitan nama bagi 'Asyura ini.Diantaranya :
  1. Dinamakan Hari 'Asyura kerana ia merupakan sepuluh hari daripada hari2 haram(أيام المحرم )
  2. Sesungguhnya dinamakan 'Asyura kerana sepuluh karamah yang Allah Taala berikan kepada umat akhir zaman ini,iaitu :
  • Rajab,merupakan bulan Allah Taala.Allah menjadikan bulan ini sebagai karamah kepada umat ini dan kelebihannya keatas semua bulan adalah seperti kelebihan umat Muhammad keatas umat yang lain.
  • Sya'ban,kelebihannya berbanding semua bulan adalah seperti kelebihan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam keatas semua nabi.
  • Ramadhan,kelebihannya keatas semua bulan seperti kelebihan Allah Taala keatas setiap makhlukNYA.
  • Lailatulqadri, lebih baik daripada seribu bulan.
  • Aidilfitri, hari ganjaran yang telah dijanjikan.
  • Sepuluh hari(أيام العشر) merupakan hari mengingati Allah Taala.
  • Hari 'Arafah, puasa pada hari ini menghapuskan dosa 2 tahun.
  • Hari Raya Korban merupakan hari sembelihan.
  • Hari Jumaat merupakan penghulu sekelian hari.
  • Hari 'Asyura,puasa pad hari ini menghapuskan dosa setahun.
Maka kesemua waktu daripada hari2 yang dijadikan Allah tadi untuk umat ini merupakan penghapus dosa2 mereka dan membersihkan kesalahan mereka yang telah lalu.

3.Dinamakan Hari 'Asyura kerana Allah memuliakan padanya sepuluh orang nabi 'alaihimussalam dengan sepuluh karamah,iaitu :
  • Allah Taala menerima taubat Nabi Adam 'alaihissalam.
  • Allah Taala mengangkat kedudukan Nabi Idris 'alaihissalam kepada kedudukan yang tinggi dan terpuji.
  • Kapal Nabi Nuh 'alaihissalam berlabuh di Bukit Judi.
  • Hari kelahirah Nabi Ibrahim 'alaihissalam dan Allah menjadikan baginda sebagai kekasihNYA serta menyelamatkan Baginda daripada bakaran api Namrud.
  • Allag Taala menerima taubat Nabi Daud 'alaihissalam dan menyerahkan kembali kekuasaan pemerintah kepada Nabi Sulaiman 'alaihissalam.
  • Allah Taala menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub 'alaihissalam.
  • Allah Taala memyelamatkan Nabi Musa 'alaihissalam daripada belahan laut merah dan menenggelamkan Firaun di dalamnya.
  • Allah Taala mengeluarkan Nabi Yunus 'alaihissalam daripada perut ikan paus.
  • Nabi Isa 'alaihissalam diangkat ke langit
  • Kelahiran Nabi Muhammad sallallahu'alihiwasallam.
Sumber : kitab Al-ghuniah karangan Sheikh Abdul Kadir Al-Jailani Al-Husaini.

Mudahan2 dengan maklumat yang serba ringkas ini,kita mampu mengambil istifadah dan menyampaikannya kepada sahabat kita yang yang lain.
Wallahua'lam...

Wednesday, January 13, 2010

ToLaK aNSuR DaLaM BeRaGaMa...


Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dan Tuan Guru Haji Hadi Awang


KOTA BHARU, 13 Jan: Ketua-ketua agama terdiri daripada alim ulama, paderi dan sami dijemput menghadiri makan tengah hari bersama Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Januari ini di Kota Darulnaim.Jamuan tersebut dianjurkan kerajaan negeri sebagai meraikan ketua-ketua agama di negeri ini dan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin.


Tuan Guru Nik Aziz berkata, dianggar lebih 20 ketua agama dijangka menghadiri majlis tersebut yang berkonsepkan muhibah.

“Setakat ini kita telah dimaklumkan seramai 18 orang daripadanya terdiri daripada paderi menyatakan persetujuan hadir, manakala sami belum dapat pastikan bilangan yang akan hadir,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco di sini, hari ini.


Tuan Guru Nik Abdul Aziz berkata, jamuan berkenaan diadakan menjelang tengah hari memandangkan sami difahamkan tidak boleh makan selepas jam 12.00 tengah hari.“Kerajaan negeri meraikan mereka bertujuan mewujudkan suasana tenang dan harmoni di antara agama di negeri ini.“Walaupun telah wujud keharmonian di Kelantan sejak sekian lama, namun diharap dengan pertemuan tersebut keharmonian bertambah baik,” ujarnya.

Menurutnya, Islam sejak awal lagi mengutamakan keharmonian seperti diajar Rasulullah s.a.w. setelah baginda sampai di Madinah.

Katanya, sebaik sahaja sampai di Madinah, baginda s.a.w. mengadakan perjanjian bertulis yang pertama di muka dunia sehingga melahirkan keharmonian antara kaum.

Sumber : HarakahDaily.Net

Template by:
Free Blog Templates