Thursday, October 8, 2009

MaNisNya UkHuWaH...

Tuesday, October 6, 2009

CaRa MeNgeRjaKaN SoLaT DhuHa...

Niatnya :

أصلى سنة الضحى ركعتين لله تعالى
"Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala"

Baca ketika sujud terakhir tiga kali :

وهب لي يا وهاب علما وحكمة وارزقني يا رزاق كن لي مسهلا


Apabila selesai sahaja Solat Dhuha,bacalah doa ini :

اللهم ان الضحاء ضحاءك والبهاء بهاءك والجمال جمالك والقوة قوتك والقدرة قدرتك والسلطان سلطانك والعظمة عظمتك والعصمت عصمتك , اللهم ان كان رزقي واحبابى والمسلمين أبدا في السماء فأنزله وان كان في الأرض فأخرجه وان كان معسرا فيسره وان كان بعيدا فقربه وان كان قليلا فكثره وان كان معدوما فأوجده وان كان حرما فطهره , بحق ضحاءك وبهاءك جمالك وقدرتك وسلطانك وعظمتك وعصمتك , اللهم أتنا ما أتيت عبادك الصالحين..
Maksudnya :

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikannya adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku dan rezeki insan yang ku cintai serta kaum muslimin masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, dan jika jauh, dekatkanlah, jika sedikit , banyakkanlah ,jika tiada ,maka wujudkanlah , jika haram, sucikanlah.Dengan
berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepada kami segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.


Semoga kita dapat beramal dan ISTIQAMAH dalam menunaikan ibadah yang mulia ini.Selamat menunaikan Solat Dhuha...

SolaT DhuHa DaN KePeNtinGaNNyA...



ٍٍٍSolat Dhuha merupakan solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan oleh Agama Islam.Solat ini dinamakan Dhuha kerana dikerjakan pada waktu Dhuha(Bermula selepas setengah jam terbitnya matahari dan berakhir sebelum masuknya waktu Zohor).Bilangan rakaat yang paling sedikit bagi solat Dhuha adalah 2 rakaat.Manakala bilangan paling banyak pula adalah 12 rakaat.
Banyak hadith yang menerangkan tentang Solat Dhuha ini,antaranya:

يصبح على كل سلامى من أحدكم صدقة , فكل تسبيحة صدقة , وكل تحميدة صدقة , وكل تهليلة صدقة , وكل تكبيرة صدقة , وأمر بالمعروف صدقة , ونهى عن المنكر صدقة , ويجزئ من ذلك ركعتان , يركعهما من الضحى

Maksudnya : Diwajibkan keatas setiap sendi kamu untuk melakukan sedekah,maka setiap tasbih itu sedekah, dan setiap pujian itu sedekah, dan setiap tahlil itu sedekah,dan setiap takbir itu sedekah,dan menyuruh kepada kebaikan itu sedekah,dan melarang daripada melakukan kemungkaran itu sedekah,cukuplah bagi semua itu dengan dua rakaat(solat) yang dikerjakan pada waktu dhuha.

وعن أبي الدرداء , وأبي ذر رضي الله عنهما قالا :قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ( عن الله تبارك وتعالى أنه قال :يا ابن أدم ! اركع لي أربع ركعات من أول النهار ؛ أكفك أخره

Maksudnya : "Daripada Abi Darda' , dan Abi Zar Radhi Allahua'nhuma berkata : Rasulullah sallallahua'laihiwasallam bersabda : Daripada Allah Taala bahawasanya telah berfirman :Wahai anak adam!kerjakanlah empat rakaat kepadaku daripada awal pagi; akanKU cukupkan bagimu yang lainnya(rezeki).

من صلى الضحى ثنتى عشرة ركعة , بنى الله له قصرا من ذهب في الجنة

Maksudnya : "Barang siapa yang menunaikan Solat Dhuha sebanyak dua belas rakaat,maka Allah bina baginya satu istana daripada emas di dalam syurga"

Berdasarkan hadith-hadith di atas,maka jelaslah kepada kita bahawa betapa pentingnya Solat Dhuha ini untuk dikerjakan
.Apabila solat Dhuha ini ditunaikan,maka Allah Taala akan meluaskan rezeki hambanya di samping akan mencukupkan segala keperluan seharian meraka.Selain itu,Solat Dhuha juga merupakan ZAKAT tubuh badan yang harus kita tunaikan...

Wallahua'lam...


Monday, October 5, 2009

CiNta RaSuL PaLinG UtaMa...


Firman Allah subhanahu wa taala :
وما أرسلناك الا رحمة للعالمين
Bermaksud : "Tidaklah kami utuskanmu(wahai Muhammad) melainkan menjadi rahmat kepada sekian alam"

Sabda Rasulullah sallallahua'laihwasallam :
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب اليه من والده وولده والناس أجمعين
Bermaksud :"Tidak sempurna iman seseorang itu sehinggalah aku lebih dicintainya daripada kedua ibubapanya,anak-anaknya dan manusia seluruhnya.

Dan diantara cara kita untuk menyintai Rasulullah sallalahua'laihiwasallam adalah dengan mengenali sahsiah baginda terlebih dahulu.Di antara kitab yang menerangkan tentang ciri-ciri dan peribadi Nabi Muhammad sallallahua'laihiwasallam secara sempurna adalah SYAMAIL MUHAMMADIAH.Kitab tersebut dikarang oleh Imam Abi Musa Muhammad bin Isa Al-Tirmizi.Di dalam kitab tersebut diceritakan satu-persatu secara lengkap sifat dan perwatakan nabi dari segi rupa tubuh badan,pakaian,cara beribadah dan muamalah dengan para sahabat serta bermacam-macam lagi yang berkaitan dengan kehidupan nabi tercinta Muhammad sallallahua'laihiwasallam.Insya Allah,pada pertemuan yang akan datang,saya akan cuba untuk menghuraikan dengan lebih mendalam berkenaan peribadi junjungan mulia salallahua'laihiwasalam.Mudah-mudahan kita dapat mengambil manfaat bersama dan menambahkan lagi rasa CINTA kita terhadap baginda sallallua'laihiwasallam..

اللهم ارزقنا متابعة النبي صلى الله عليه وسلم أولا وأخرا وظاهرا وباطنا وقولا وفعلا وعبادة وعملا صالحا

‘Ya Allah, kurniakanlah kepada kami ikutan jejak langkah junjungan Nabi Muhammad sallahua’laihiwassalam samada permulaan , penghabisan, lahir, batin, perkataan, perbuatan, ibadat dan amalan yang soleh’