Wednesday, November 18, 2009

SaTu TaKLiFaN...


Alhamdulillah...pada 7hb oktober yang lalu,MAT(Mesyuarat Agong Tahunan) BKASM telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya.Dan rentetan daripada itu,saya dan beberapa orang sahabat yang lain telah dilantik menjadi ajkt Bkasm.Pada mulanya,memang agak berat untuk saya menerima taklifan ini.Namun,atas dasar untuk memperbaiki diri dan mencari pengalaman yang tidak mungkin saya dapati di Jamiah Al-azhar,saya terima juga amanah ini.
Apabila bercerita tentang jawatan dan amanah ini,teringat saya tentang hadith nabi sallallahua'laihiwasallam yang berbunyi :

من أطاعني فقد أطاع الله ,ومن عصاني فقد عصى الله , ومن يطع الأمير فقد أطاعني , ومن يعص الأمير فقد عصاني , وانما الامام الجنة , يقاتل من ورائه , ويتقى به , فاءن أمر بتقوى الله وعدل فاءن له بذلك أجرا , و ان قال بغيره فاءن عليه منه

Bermaksud : Barang siapa yang mentaatiku(Rasulullah) maka dia telah mentaati Allah,barang siapa yang mengingkariku maka dia telah mengingkari Allah,barang siapa yang mentaati pemimpin maka dia telah mentaatiku,dan barang siapa yang mengingkari pemimpin maka dia telah mengingkariku,dan sesungguhnya imam(pemimpin)itu merupakan perisai,berperang daripada belakangnya,dan berlindung dengannya,sekiranya dia(pemimpin) memerintahkan supaya bertaqwa kepada Allah dan berlaku adil,maka sesungguhnya baginya sedemikian itu ganjaran,sekiranya dia memperkatakan yang lain(yang tidak adil)maka dia akan mendapat balasan daripada perbuatannya itu.

لا طاعة فى معصية , انما الطاعة فى المعروف

Bermaksud : Tiada ketaatan pada perkara maksiat , sesungguhnya ketaatatan itu hanyalah pada perkara kebaikan.

Namun,di sana juga terdapat hadith yang memberi ancaman kepada pemimpin agar berlaku adil dalam kepimpinannya :

ما من وال يلى رعية من المسلمين , فيموت وهو غاش لهم , الا حرم الله عليه الجنة

Bermaksud : Tiada di kalangan pemimpin yang memimpin rakyatnya daripada kaum muslimin maka apabila dia mati sedangkan dia adalah penipu kepada rakyatnya,melainkan Allah akan mengharamkan baginya bauan syurga.

Maka berdasarkan hadith-hadith di atas jelaslah kepada kita bahawasanya seorang pemimpin wajib berlaku adil kepada rakyatnya tanpa mengira darjat mahupun keturunan.Begitulah juga hal keadaan saya sekarang.Mudah-mudahan Allah Taala melimpahkan petunjuknya kepada saya dalam membuat sebarang keputusan kelak.Saya berdoa agar Allah Taala menjadikan saya seorang yang berkepimpinan seperti seorang ulamak.Amin...

1 comments:

burungmurai said...

tahniah la...

Post a Comment